Info Tentang KeretaTips Penjagaan Kereta

9 Punca Kereta Wanita Banyak Calar

Bila sebut je kereta wanita, mesti ramai yang terbayang cara wanita memandu kereta, keadaan dalam kereta wanita, atau makeup kereta tema hello kitty dan macam-macam lagi, tapi bab calar kereta ni memang tak dapat disangkalkan lagi memang wanita lah yang sangat kerap bagi calar kereta dan tak jaga kereta ni kan? jangan marah ya sis..ehehehe

 

Jadi dibawah ni kami senaraikan 9 punca yang kerap dialamai oleh wanita yang menyebabkan kereta banyak bercalar.

SERPIHAN BATU

Jika anda tinggal di kawasan pedalaman, atau anda mempunyai jalan masuk menggunakan kerikil, anda akan dapati batu-batu adalah penyebab kereta bercalar. Salah satu kejadian yang paling biasa adalah apabila kita memandu dijalanraya yang sememangnya berbatu dan berpasir, serpihan batu-batu kecil yang di tarik oleh tayar kereta kta tersebut akan melantun dan terkena di body kereta kita termasuk lah jika kita mengikuti kereta dihadapan kita dengan carak yang dekat.

 

PERLANGGARAN KECIL SEMASA MENGUNDUR

Tiada siapa yang menjadi pemandu yang sempurna, dan dari semasa ke semasa konsentrasi kita mungkin menjadi lemah, menyebabkan kita terlibat dalam perlanggaran kecil. Beberapa perlanggaran yang paling biasa berlaku di tempat letak kereta, di mana seseorang secara tidak sengaja mengundur dan terlanggar objek sekelilingnya. Kadang-kadang disebabkan barang dan objek yang orang lain tinggalkan di tengah jalan,

Akhirnya, calar belakang pada kereta menjadi sangat biasa kerana tidak kira betapa berhati-hati pun kita, akan ada suatu masa ketika ada sesuatu di kawasan ‘blindspot’, kita hanya menunggu untuk menyebabkan ianya mencalarkan kereta kita.

 

TERLANGGAR

Perkara ini kadang-kadang kita sendiri memang tak dapat nak elak, ianya berlaku tanpa kita jangka, bila sampai satu masa contoh apabila kita ingin membelok atau ingin membuat pusingan, kita sebenarnya dah yakin dengan anggaran pusingan tu, last-last kita terseret dan terlanggar penghadang jalan atau apa-apa objek yang berada di sekitar tu, habis calar bumper hadapan kereta kita.

Ada juga yang pernah terlanggar pasu bunga, terlanggar tong sampah, terlanggar moto dan macam-macam lagi keadaan dan situasi yang berbeza, mungkin anda ada pengalaman yang hampir sama? komen di bawah pengalaman anda ya..

 

KUKU & KUNCI

Mesti anda dah dapat bayangkan situasi ni kan? selalunya calar pada kereta yang disebabkan oleh kuku ialah pada handle pintu kereta disebabkan kita menggunakan jari kita apabila kita nak buka pintu kereta, tambah pula kuku wanita ni selalunya suka simpan panjang, sama juga dengan kunci, apabila kita nak masuk kedalam kereta, kunci yang kita pegang akan bergesel pada pintu kereta dan sudah tentu menyebabkan kereta kita bercalar balar.

 

HAIWAN

Pernah tak jadi pada anda, bila anda keluar sahaja dari rumah dan nak memandu kereta untuk ke tempat kerja atau nak makan angin, tiba-tiba anda nampak seekor kucing selamber je lepak atas kereta anda, huu..menyirap je rasa, dah lah kereta baru je beli, kena pulak kucing jiran sebelah, maunya tak hangin! hehehe, tapi lain pula kalau anda yang jenis pecinta kucing, mungkin anda tak akan rasa nak marah kan…tapi itulah punca kereta bercalar disebabkan kuku kucing yang tajam tu mencakar-cakar kereta anda ketika dia nak panjat kereta anda.

Ada juga kejadian dikampung contoh macam ayam, burung dan lain-lain lagi, nak lebih selamat anda kena carilah selimut untuk balut kereta anda, tapi leceh lah sikit kan.

 

KANAK-KANAK

Kalau ada anak-anak kecil, calar kereta ni memang susah nak dielakkan, mana taknya, mereka suka bermain dikawasan kereta, berlari lari, berkejaran, menunggang basikal sampai terseret handle basikal mereka disepanjang pintu kereta kita.

Yang bestnya lagi, mereka akan melukis dikereta kita dengan menggunakan pen atas apa2 objek tumpul, maka terciptalah satu lukisan yang cantik dikereta anda tanpa diundang. Jadi, sis-sis kalau ada anak kecik nanti, sediakan siap-siap papan tulis besar-besar dalam rumah ya, suruh dia lukis dan tulis kat situ je okay..kalau tak habis bercalar balar buruk jadinya kereta kita

 

PARKING

Ini satu kelemahan bila kita parking di kawasan bandar atau di shopping mall, kita dan ambil parking dengan jarak dan keadaan yang selamat dah, tapi malsiangnya, kereta lain yang nak parking tu pula yang tak ada sivik, mereka parking ikut suka hati, kadang-kadang parking dengan jarak yang sangat rapat dengan kereta kita, kemudian bila mereka keluar je dari kereta…zzrapp…pintu kereta mereka terkena kereta kita, habis bercalar kereta kita dengan secara tak sengaja disebabkan kecuaian mereka.

Kalau calar sahaja boleh lah tahan lagi, ni siap dengan kemek lagi, admin banyak kali kena dengan sikap orang kita yang jenis tak berhati-hati, kalau ikut hati memang nak dimarahnya kalau berlaku depan mata, tapi malangnya berlaku tanpa kita tahu ketika waktu bila.

 

CUCI KERETA

Mungkin cuci kereta ni kaum wanita jarang lakukannya dengan sendiri, kalau betul-betul rajin atau ada suami sahaja barulah kereta akan dibasuh, jadi.. macam mana kereta boleh bercalar ketika kita cuci kereta?

Selalunya yang menyebabkan kereta boleh bercalar disebabkan habuk dan pasir yang menempel di kereta kita, mungkin kita tidak bilas dahulu kereta kita dengan betul sebelum membuat cucian, akibatnya, pasir dan batu-batu halus itu masih melekat pada kereta dan kita terus sapukan sabun menggunakan kain cuci kereta bersama-sama dengan kotoran pasir dan habuk tersebut.

Walaupun selepas proses cuci kereta anda dah tamat dan kereta anda nampak kelihatan bersih, tetapi sebenarnya anda telah meninggalkan kesan calar-calar halus yang lama kelamaan akan kelihatan apabila kereta dijemur dibawah sinaran matahari.

Asalnya nak cuci kereta untuk bagi kereta bersih, akhirnya disebabkan tidak tahu cara yang betul untuk basuh kereta, kereta anda akan bercalar balar dengan lebih banyak.

 

LOADING BARANG

Yang terakhir sekali, punca kereta bercalar ialah disebabkan kita masukkan barang ke dalam kereta dengan tidak cermat, barang-barang yang keras dan tajam terkena pada pintu atau kawasan bonet belakang tanpa kita sedar, jadi, sebelum anda masukkan barang tu, pastikan ianya tidak terkena pada kereta anda ya.

 

KEMALANGAN

Kami mulakan dengan sebab yang paling kerap berlaku. Kemalangan selalu menjadi sebab kenapa kereta jadi kemek dan bercalar. Walaupun kita tidak dapat lihat dengan jelas, tetapi ianya menyebabkan gangguan kepada mata kita apabila melihatnya dan secara seriusnya mengurangkan kualiti kecantikan keseluruhan kereta kita. Malangnya, kemalangan boleh berlaku kepada pemandu yang paling berhemat, bahkan orang-orang yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kereta mereka dengan baik adalah berisiko tercalar dan kemek.

________________________________________________________

 

Itulah 9 punca kebiasaan yang akan berlaku didalam kehidupan seharian kita bersama kereta kesayangan kita yang menyebabkan kereta kita boleh bercalar, jika anda apa pengalaman calar kereta boleh tinggalkan komen dibawah.

Dan jika anda ada masalah kereta bercalar seperti diatas, dan anda tercari-cari produk yang dapat membantu menghilangkan calar tersebut dengan mudah dan pantas, sila klik >SINI< untuk info lanjut.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍

#vomaq #Kereta #prolish #galerikereta #Sapu2JeHilangCalar #buatduitraya #MesraWanita #HilangCalarSelamanya #BuatSendiriJe #WANITA #ladyowner #krimhilangcalarkereta

 

Jangan lupa Follow & Like Kami Di
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *