Info Tentang Kereta

Apa Kesan Kalau Lambat Tukar Minyak Hitam?

Mungkin anda tidak sendirian dalam hal ini. Boleh dikatakan setiap pemilik kereta telah melakukannya sekali dua, iaitu menunggu lebih lama sedikit dari sela masa atau bacaan odometer yang ditetapkan untuk melakukan penukaran minyak.

Malah kadangkala mungkin terasa malu apabila anda akhirnya membawa kereta anda untuk penukaran minyak, tambahan pula jika ia nya sebuah kereta yang agak baharu dan masih dilindungi jaminan atau waranti. Namun kadangkala dalam hidup ada saja perkara penting yang harus dilakukan dan menukar minyak tidaklah menjadi keutamaan dalam kehidupan kita yang sibuk.

Tetapi sebelum melewatkan penukaran minyak anda terlalu kerap, anda mungkin ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku jika anda menunggu terlalu lama untuk membiarkan minyak lama terus digunakan.

Untuk menjawab soalan itu, kita perlu berbalik kepada satu perkara asas, iaitu tujuannya dan mengapa anda menukar minyak dalam kenderaan anda.

Minyak enjin perlu ditukar kerana ia akan tercemar. Fungsi minyak enjin adalah untuk menyejukkan enjin, membersih, menyendal kelegaan (clearance) bahagian enjin dan melincirkan pergerakan enjin. Apabila minyak sudah lama dan menjadi kotor setelah sentiasa mengalir melalui enjin dan membersihkannya, ia tidak lagi mampu melakukan empat fungsi tersebut.

Gambar dari PakWheels.com
Gambar dari PakWheels.com

Satu lagi sebab untuk menukar minyak anda adalah disebabkan oleh suhu operasi enjin yang akan membakar minyak tersebut. Jika pemukaran minyak anda ditangguhkan, enjin berpotensi membakar minyak dan berkurangan sehingga menyebabkan kegagalan fungsi enjin anda.

Satu penyelesaian yang mudah untuk masalah ini adalah dengan menokok atau menambah minyak, tetapi ini hanyalah penyelesaian jangka pendek. Terdapat beberapa senario yang berpotensi berlaku jika anda melewatkan penukaran minyak anda. Yang paling mustahil adalah bahawa tiada apa yang akan rosak pada enjin anda. Walaupun ia bergantung kepada iklim anda dan cara pemanduan biasa kenderaan anda, selalunya akan ada kerosakan yang berlaku disebabkan kehausan yang mungkin tidak kenampakan.

Realitinya adalah bahawa walaupun anda tidak melihat apa-apa kesan buruk serta merta, kegagalan menukar minyak enjin akan memberatkan tugas enjin dan menyebabkan masalah jangka panjang. Jika anda mempunyai enjin turbo, ia amat penting anda menukar minyak anda pada kekerapan yang disyorkan. Cuma ingat, menukar minyak anda terlalu kerap juga boleh menjadi masalah!

Masalah melangkau langkah penyelenggaraan penting ini tentunya akan mempunyai akibat. Semuanya bergantung kepada jenis enjin dan cara pemanduan yang anda lakukan dengan kenderaan anda.

Menukar minyak kenderaan anda adalah salah satu langkah yang paling mudah yang boleh diambil untuk mengekalkan enjin yang baik  atau sihat dalam ertikata lain. Jika anda bernasib baik, tiada apa yang berlaku jika anda lewat menukar minyak, tetapi mengapa mengambil risiko tersebut apabila langkah penukaran minyak yang mudah boleh memastikan ketenangan fikiran anda?

Sumber : careta.my

Ingin kekalkan LUARAN & DALAMAN kereta anda seperti kereta BARU? Mulakan penjagaan kereta anda secara DIY dengan bantuan kami di Vomaq Smart Shield. Produk VOMAQ telah berjaya mambantu ramai pemilik kereta di Malaysia! Dapatkan VOMAQ sekarang! di www.vomaq.com

Jangan lupa Follow & Like Kami Di
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *