exteriorInfo Tentang KeretaTips Penjagaan Kereta

BILAKAH PERLU TUKAR BATERI KERETA?

Ramai pemilik kereta diluar sana mungkin hanya tahu menggunakan kereta, tetapi tak tahu cara penjagaannya terutamanya tentang ‘BATERI’, di dalam artikel ini kami kongsikan tips dan saranan yang dapat membantu anda untuk pastikan sama ada perlukan tukar bateri kereta atau tidak, pastikan anda baca sehingga akhir ya.

BILA PERLU TUKAR BATERI KERETA?

Masa dan waktu untuk menukar bateri kereta bergantang atas kondisi bateri kereta anda, sebenarnya tiada masa yang betul-betul spesifik untuk kita menukar bateri kereta kita, semua bergantung atas cara penggunaan kereta dan bergantung atas faktor tahap performance bateri tersebut.

Untuk pengetahuan anda, disini terdapat 2 faktor dan juga situasi tentang bateri kereta kita sama ada perlu ditukar atau masih boleh digunakan seperti biasa.

Faktor Pertama : Servis mengikut jadual buku servis

Kebanyakkan pemilik kereta baru akan sentiasa alert dan sentiasa diperingatkan tentang jadual servis kereta masing-masing.

Oleh itu, pemilik kereta baru akan sentiasa bersedia untuk servis kereta mereka apabila sampai tarikh servis atau bilangan perbatuan oleh kereta mereka.

Apabila telah sampai waktu servis kereta, mereka akan cepat-cepat pergi ke pusat servis yang berhampiran dan melakukan pemeriksaan seperti yang telah disediakan.

Disini, segala kondisi kereta akan dimaklumkan oleh pusat servis sama ada kereta dalam keadaan optimum atau perlu diselenggara mengikut keadaan sesuatu part kereta termasuklah tahap kondisi BATERI kereta anda.

Setelah kereta anda diperiksa, mereka akan memaklumkan kepada anda segala info tentang kondisi kereta anda, anda juga akan diberitahu tentang tahap kondisi paras peratusan kesihatan bateri anda seperti gambar di bawah ini.

Disini anda kena bijak, pihak pusat servis akan menawarkan pertukaran bateri kereta baru kepada anda, tentu sekali anda akan berasa risau terhadap kesan buruk yang akan berlaku jika anda tidak tukar bateri kereta anda bukan?

Sebelum anda membuat keputusan, pastikan anda mendapat nasihat dari orang yang berpengalaman, sama ada anda perlu tukar atau tidak, mengikut kondisi bateri dalam gambar diatas, tahap bateri kereta masih dalam keadaan selamat untuk digunakan kerana tahap kesihatan bateri kereta baru menunjukkan sedikit penurunan.

Disini ada beberapa nasihat yang boleh kami cadangkan,

Pertama : Jika anda risau tentang kesan buruk yang tak dijangka, anda boleh terus tukar baru.

Kedua : Tangguhkan penukaran dan teruskan guna bateri tersebut sehingga masa yang sepatutnya ditukar terus.

Faktor Kedua : Servis hanya perlu

Jika anda tidak lagi servis kereta mengikut jadual, mungkin anda hanya servis dibengkel kereta biasa di bandar, atau disebabkan anda membeli kereta terpakai dan mungkin juga anda tidak mahu terikat dengan komitmen bulanan dengan pusat servis dan juga mungkin anda kekurangan bajet belanjawan.

Disini anda perlu lebih berhati-hati, kerana anda menggunakan kereta dengan kerap tanpa sebarang pemeriksaan secara berkala, pelbagai situasi dan keadaan yang berkemungkinan akan berlaku ketika anda memandu atau sebelum memandu.

Nasihat kami, anda boleh lihat kepada kondisi dan tanda-tanda bateri mungkin dalam kondiri lemah, antaranya adalah :

Sukar menghidupkan enjin kereta

Lampu kereta malap

Pickup kereta merosot

Kereta berat apabila memasang penghawa dingin

Hon tidak berfungsi

Walaubagaimanapun, pelbagai lagi kemungkinan yang berlaku sehinggakan kereta tidak dapat dihidupkan lagi, sebaiknya jika terdapat simtom-simtom tersebut, segeralah pergi ke bengkel yang berdekatan untuk periksa kondisi tahap kuasa bateri anda.

Akhir sekali, pastikan kereta dalam keadaan kondisi yang optimum sebelum anda memandu seharian dan terbaiknya jika anda melakukan pemeriksaan berkala untuk kereta anda supaya kita dapat mengelak dari sebarang kerosakkan yang akan berlaku.

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan perkongsian, jangan lupa post komen dibawah supaya kita sama-sama dapat memberi manfaat kepada pemilik kereta diluar sana.

Jangan lupa Follow & Like Kami Di
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *