Info Tentang KeretaTips Penjagaan Kereta

Tip menjaga Leather Seats

Penjagaan Leather seats adalah untuk mengekalkan kecantikan dan memberikan ketahanan jangka masa panjang. Disamping memberikan keselesaan ketika memandu. Leather seats yang bersih juga mencerminkan keperibadian seseorang.
Menjaga Leather seats amat mudah dibersihkan jika dibandingkan dengan Kusyen Fabric. Anda perlu rajin membersihkan dengan hanya mengelap permukaan Leather seats dan meletakkan conditioner. Dengan hanya beberapa langkah anda mampu menjimatkan wang dan tenaga daripada menghantar ke Carwash.
Pernahkah anda mengalami Leather Seats yang retak, pudar dan kering. Tanpa penjagaan yang betul Leather Seats anda akan mengalami cepat pudar, hilangkan kekilatan dan keanjalan Leather. Proses ini cepat berlaku di kawasan Iklim panas. Pembersihan yang kerap dan conditioning membuatkan Leather sentiasa lembut dan segar.
Terdapat dua sebab perlu dilakukan pembersihan iaitu terdapat kekotoran dan kesan minyak seperti lotion tangan atau memakan makanan berminyak seperti goreng pisang,keropok lekor , ayam goreng RM1 dan lain-lain
1.Sentiasa melakukan cleaning secara berkala kerana tidak mahu habuk atau sinaran uv merosakkan leather seat kalau dibiarkan lama.
2.Membersihkan part by part untuk memastikan cleaning yang di lakukan menampakkan result.Mencuci 2-3 kaki persegi pada suatu masa.
3. Apply APC(All Purpose Cleaner) kemudian gosok menggunakan aplikator atau berus yang lembut.Perhatian jangan menyental atau mengosok terlampau kuat. Gosok menyingkirkan kotoran sehingga menampakkan buih lalu lap menggunakan Microfiber. BIlas Microfiber bagi membuang kotoran yang terlekat.
4. Selepas kering, apply conditioner dengan Aplikator Pad bagi melindungi daripada sinaran uv dan menampakkan kelembapan. Conditioner itu akan menyerap ke dalam sel-sel gentian yang membolehkan ketahanan yang panjang disamping melambatkan proses penuaan pra-matang. Apply dengan cara yang betul dapat mengekalkan kelembutan dan keanjalan Leather. Pastikan leather anda tidak berminyak, tidak lincin dan sentiasa segar sebelum duduk.
5. AWAS!! jangan memilih produk yang tidak berkualiti kerana ia mempunyai agen Gloss,petroleum, silikon yang boleh melekat pada seluar anda. Untuk ketahanan Leather Seats anda pilih produk yang mempunyai Nilai pH yang seimbang
Peralatan yang diperlukan untuk mencuci:
a)Microfiber towel
b)Meguiar’s Leather/Conditioner
c)Cobra Microfiber Aplikator Pad
Aplikator
-Boleh juga menggunakan Aplikator yang terdapat di Pasaraya

Mulakan penjagaan kereta anda secara DIY dengan bantuan kami di Vomaq Smart Shield. Produk VOMAQ telah berjaya mambantu ramai pemilik kereta di Malaysia! Dapatkan VOMAQ sekarang! di www.vomaq.com

Sumber Asal : wandidetailing.blogspot.com

Jangan lupa Follow & Like Kami Di
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *