Tips Penjagaan Kereta

Tips Memandu Masa Hujan

Bila jarak penglihatan kita hanya sekadar 50 meter kebawah (hujan atau kabus tebal) seelok2nya memperlahankan kenderaan, memandu dengan berhati-hati ikuti beberapa tip-tip panduan seperti dibawah ni

  • Jangan memandu kalau anda tidak cekap memandu dalam keadaan hujan. Bahaya untuk diri sendiri dan orang lain.  Sebaiknya tangguhkan perjalanan,  Jika terpaksa, pastikan anda dan kenderaan anda bersedia untuk menempuh cuaca hujan tu.
  • PastikanPengelap (wiper), aircon, deforger, hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu brake kenderaan mestilah berfungsi dengan baik. Lampu brek utama dan ketiga adalah amat penting ketika hujan. Hendaklah berfungsi dengan baik, ini bagi membolehkan pengguna di belakang kenderaan anda dapat mengenalpasti sesuatu keadaan ketika pemanduan anda.
  • Nyalakan lampu kabus. Jika perlu nyalakan lampu utama.

Pasang Lampu Hujan

Ketika hujan penglihatan agak terhad dan tak boleh nampak dalam jarak yang jauh, jadi kita mestilah pasang lampu, bukan semata-mata untuk pemandu itu sendiri nampak jalan. tetapi nak bagi pemandu lain nampak kereta anda.

Sebenarnya kereta yang tak pasang lampu tu nampak tak jelas dari jauh, bahaya kalau kita tak pasang lampu ketika hujan, tambahan pula jika kereta kite sama warna macam warna jalan contohnya kereta colour silver.

Lampu kecemasan (hazard light)

Ia digunakan ketika kenderaan berhenti untuk kecemasan, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan.  Ianya sangat bahaya sebab jika kereta nak membelok ke kiri, ke kanan atau nak tukar lorong, pemandu lain tidak tahu sebab kita dah nyalakan dua-dua signal.

Jika nak nyalakan hazard light semasa hujan lebat, berhenti dahulu di tepi jalan kemudian buka hazard light. Hazard light mungkin masih diperlukan untuk memberitahu pemandu dibelakang bahawa menjarakkan kenderaan mereka dari belakang kita sebab kereta di depan ada masalah (sebagai tanda isyarat kat kenderaan belakang yang kereta kita nak berhenti ) contoh seperti eksiden atau air limpah jalan.

  • Jangan memandu terlalu perlahan atau laju. Kurangkan penggunaan brek sebab jalan licin dan brek selalunya tak membantu sangat. Yang terbaik adalah menggunakan gear rendah .
  • “MENGEKORI KENDERAAN LAIN ADALAH AMAT BERBAHAYA”. Hadkan jarak antara kenderaan di hadapan. Ikut lampu belakang kenderaan di hadapan jika penglihatan terhad. Jangan ikut terlalu dekat sebab nanti kita tak sempat nak brek, jika nasib malang kita akan hentam belakang kenderaan hadapan kita.
  • Lagi bagus jika pakai cermin mata khas untuk memandu dan bukan ‘sunglass’. Cermin mata berwarna amber bagus untuk memandu semasa berkabus atau hujan kerana warna merah dan oren lebih jelas kelihatan.
  • Jika hujan waktu siang hari, pemakaian cermin mata berwarna amber dapat membantu penglihatan anda ketika memandu di hujan lebat.

Ingin kekalkan LUARAN & DALAMAN kereta anda seperti kereta BARU? Mulakan penjagaan kereta anda secara DIY dengan bantuan kami di Vomaq Smart Shield. Produk VOMAQ telah berjaya mambantu ramai pemilik kereta di Malaysia! Dapatkan VOMAQ sekarang! di www.vomaq.com

sumber

 

Jangan lupa Follow & Like Kami Di
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *